Budak Comel

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com http://www.emocutez.com

Wednesday, December 21, 2011

Keputusan PMR




Aq tau korang mesti bedebar debarkn sebab esok hari nk dpt keputusan. Aq doakan korang dpt keputusan yg cemerlang tok gembirekan Ibu Bapa korang. Yg mane kurang bernaseb baik tuh. takpe. Takpe aq cakap! Ahha. Assalamualaikum.

Tuesday, November 1, 2011

Minggu Exam kembali


Assalamualaikum.
Wawhaa. Mcm x caye la dah nak exam balek. Malas nk bace buku. Tiap malam kene bukak buku. Kalau lah otak ni boleh pandai sendiri kn bagus. Lagi 1. Mcm sekejap je tahon 2011 ni. Lgi 3 minggu lgi nak abis scola. Boleh la main Ps2 puas- puas nnti. Tpi nnti dulu. kene konsetrat dulu pasal exam ni. Kne buat betol- betol. Okelah. Takde idea nk tulis panjang pnjang.

Wednesday, June 8, 2011

aq nak tinggi sebab


Yang direnung ialah keluasan langit malam, jingga. Diisi oleh awan - awan berselerak indah.

Kalau lah aku punya sayap yang mampu menerbangkan aku
, aku akan terbang dan lepak di celah - celah awan. Siang atau malam. Aku tak kisah. Yang penting tinggi.

Tinggi.

Tinggi sehingga aku nampak manusia seperti semut. Bumbung - bumbung rumah seperti bentuk huruf - huruf keyboard komputer.

...
supaya aku takkan nampak lagi kekejaman di bumi.

Tak sanggup.


Sunday, May 29, 2011

Nasi Lemak

ekkk . Alhamdulillah . arini aq kenyang sgt . arini aq bangun awal sebab terhidu nasi lemak .
rupe2nye mak aq masak nasi lemak . mmg cdap . aq bngon je mmg x dek keje laen teros makan .
masok kali nie aq dah makan 3 kali . penuh 1 pinggan . nie pon nak makan lagi nie . perut aq nie hah . asyek berbunyi je . badan je kecik , tpi kuat makan .. haha !
MMG SDAP !!!

Saturday, May 21, 2011


ishh ! da lame jugak kan aq dah x bukak blog nie . terase rindu plak nak menaip kat
blog nie . Ni nak cite cket . aq betul² excited nak jumpe anak sedare baru aq .
aq ni dah la mmg suke kat baby . asal aq jumpe bayi . takkesah la comel ke
tak comel ke . mmg aq kene cubit gak pipi dye . tpi aq rase anak sedare
baru aq nie comel kot . x sabar nak tengok pipi dye merah cbab kene cubit ngan
aq . tak la kuat sangat . x baek la plak . (*_*)
Nilagi 1 . kenape la aq nie dari tdi asyek pening jerk kepale aq nie ?
aq pon x tau la . x la pikir byk sgt . okelah . baru terpikir ubat pening ialah
membaca Al - Quran . Nak gi bace Quran la .

oke lah .. bbai ..

Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu

[ Selamat Hari Ibu ]
mak . terlalu banyak pengorbanan mak untuk menjadikan anak2nya
pandai . kejap kluar duit bank sini . kejap kluar duit bank sane . lepas tu beli buku .
tapi kenape aq masih tidak pandai lagi . mungkin sebab aq slalu maen kt scola .
tiap hari sebelom ke scola mak selalu cakap ''pegi scola untuk belajar'' . tpi kenape aq tidak belaja
bersungguh - sungguh . arini mmg atui nak mintak maaf bebanyak pade mak .
Selamat Hari Ibu
semoga mak
panjang umur & semoga mak sihar drpd peyakit yg merbahaye . semoga mak
halalkan susu yg mak bagi pade atui mase kecik2 dulu2
SeLaMaT HaRi IbU

Wednesday, April 20, 2011

Gambaran Hari Kiamat..

Tdi mase jalan - jalan kt FB tejompa link nie .

: Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

a;- Pemimpin yang adil.

b;- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

c;- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

d;- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

e;- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

f;- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

g;- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan

gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

d Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

18. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

19. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

20. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

21. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

d Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

22. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

23. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

24. Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

a;- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

b;- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c;- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

25. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

26. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

27. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

28. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

a; Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: d77; Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. d78; Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

b; Sedekah/amal jariahnya.

c; Doa anak²nya yang soleh.

d; Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Tuesday, April 19, 2011

Saturday, April 16, 2011

kebosanan bermula !


arrhhh ! boley tension aq mcam ginie . asal nak gie mane2 jerk mesti tggal .
arini aq idop sorang tanpe teman . bosan gile . x tau nak borak ngan sape lgi .
mak abah aq gie Kedah arini cbab nak melawat orang saket . aq pon tinggal ngn adek aq .pastu adek aq kate dye nak gie uma atok aq kat Taman Yayasan . aq malas arr nak ikot . naseb baek mak aq bgi RM 10 tdi kt aq . xkan x tau aq nie kn jenis pomboros cket . hehe !
lagi pon kedai makan depan uma aq jerk . aq makan lar nasi gorreng pattaya . nyumm !
x tau lar nak ckp rase aper . daa lar pagi x mkn pape . malam nie x tau nk bwat ape ?
tpi skang aq tgh basoh baju . ermm . tu je kot yg nk bagi tau ari ni .

Saturday, April 9, 2011

Bala bgon lmbt

nie lah akibatnye . tgk daa x dpt ikot gie Rock Garden utk jogging ngn geng Ikram . disebabkn aq bgon lmbt aq x dpt gie . tdi aq bgon2 tros cari mak,abah,adek2 aq sume x dek . sume daa pegi !
arrhh ! tggl aq sorang at umaa.bosan gila . blom sarapan agie . tpi nnti mak aq belikan nasik lemak mase balek nnti . bia adek2 aq jeles aq dpt mkn sorang .hehe :)

Wednesday, April 6, 2011

Les Sekinchan - gila-gila pengantin remaja.



ni lah bebudax zaman skang .. mude2 agie daa bencinta. hehex.. denga lagu nie !!

Friday, April 1, 2011

gigi ku patah..


haha..kelakar plak mse at scola tdi.. ader sorang hamba allah nie.. dier mmg
dilahirkan dgn ader 1 bakat.. bakat dier ske sgt bwat lawak.. mse at scola tdi.. dier bwat lwk
arr kt aQ..aq ktawe tebahak2.. tetibek ader bende kuar dri mulut aq..
aq tengok arr ape yg kuar tdi.. rupe2nyew gigi aq yg jatoh tdi..
bengang gile..HAHA!!!

Wednesday, March 23, 2011

curi mase..

yoyy kengkawan..daa lame aq x men komputer nie..
sume nie disebabkan mase yg x sempat..mase scola nie mnew smpt nk men
komputer nie..mse cuti jerk larr..nie pown curi curi mase..sebenarnyew
byk agie keja scola nie..mcm mlz jee nak bwat..tpi takowt teacher mrh plak..hee..
syukran tu jerk yg nk citew..
smoga keputusan mumtaz di mase akn dtg..

Thursday, March 17, 2011


tahukah anda??
esk adelah hari yg mendebarkn bgi saintis..ini kerane pde tarikh 19 mac 2011 bulan berade berdekatan dgn bumi..maseh ingt x tsunami di Acheh..selepas tsunami die Acheh tu berlaku..
tibe2 bulan berdekatan dgn bumi..bende ini berulang lgi..selepas tsunami di Jepon arituw..bulan akn berdekatan dgn bumi balek..


pndai jgak eak aq nie bwat karangan...
(kisah benar)



malam yg sungguh mengenyangkan

salam sume..jawab arr..
mlm nie nk citer cket..mlm nie mcm biaser arr ader kenduri at surau..aQ dtg arr..
tpi sebel0m kenduri tuw kne bce YASSIN dlu..(bdax baek)
bace3..pas 2 tibelah saat yg aq inginkan yaitu mkn..haha..
mlm tuw mmg aq rse lapar gilew arr..cbab ptg tu ader pertandingan bola at KG aQ..
aQ mkn gelojoh plak tuw..kengkawan aq sume tgk..tetibek sorang kwn aq tuw
kate at aQ.."wey syako,kebulur ke ape??"haha..daa ar ckp kuat..
pas tuw tros aq mkn dgn sopan santun..

Wednesday, March 16, 2011

ello all..i don know what to tulizz..but i want to say yg my profile is daa new..
tah mcm pape tah speaking aq niew..aq nie bkan pndai bi pown sgt..kekadang ingt kekadang
x ingt..(^_^)

Tuesday, March 15, 2011

confuse..

Confusing funny picture
Laugh your head off at pYzam.com, where there's lots of funny stuff?


haha..mesti pening kalo org g cni..mne dier nk gie nie??
HAHA!!

smalam best gilew arr..kitorang ader bwat liga..sorang kne kuarkn 50 sen jerk..yg men smalam cme 12 org jerk..tpi syok gak..aq dpt team yg power2 tpi aq straigt kalah..argghh(cdih xdpt duet mng)..team aq smalm gemok(amer) aiman(cedare mok) ngn aq..

tu jerk yg citer arinie..xdek idea arrr..(*_*)